4 Punca Penyaman Udara Kereta Bunyi Bising Setiap Kali Dipasang

4 Punca Penyaman Udara Kereta Bunyi Bising Setiap Kali Dipasang

Pernahkah anda alami masalah penyaman udara kereta bunyi bising setiap kali dipasang? Penyaman udara (AC) kereta direka untuk membuatkan anda rasa sejuk dan selesa apabila memandu dalam keadaan suhu sekeliling yang panas. Ia juga direka untuk beroperasi dengan senyap dan tidak mengganggu pemanduan. Namun begitu, jika kereta berdetar seakan seperti bunyi gegaran apabila menghidupkan penyaman udara, kereta anda mungkin mengalami beberapa masalah.

Secara teknikal, penyaman udara kereta beroperasi dalam sistem berbeza dan dipasang pada enjin menggunakan tali sawat berkeluk-keluk yang bertanggungjawab memusingkan puli pada pemampat udara. Kemudian, pemampat udara pula akan dilekap atau dinyahlekapkan oleh klac elektromagnet supaya udara dapat disejukkan.

Jika anda menghidupkan penyaman udara dan terdengar bunyi detar, penyaman udara anda mungkin mengalami:

1. Kompresor

Pemampat anda mula menunjukkan tanda kerosakan apabila mengeluarkan bunyi detar. Anda boleh mendengar dengan cara membuka bonet dan meneliti arah datangnya bunyi tersebut.

2. Tali Sawat

Tali sawat berkeluk-keluk yang sudah haus akan teranjak apabila pemampat melekap, sekali gus menyebabkan bunyi bising.

3. Puli Melahu

Bunyi bising apabila penyaman udara dihidupkan boleh jadi berpunca daripada puli melahu disebabkan kerosakan bearing. Biasanya, bunyi bising mula kedengaran apabila pemampat diaktifkan kerana beban ke atas enjin sudah bertambah.

4. Klac Kompresor

Klac pemampat ialah alat ganti yang lasak. Jika haus, ia boleh menyebabkan bunyi detar semasa penyaman udara beroperasi. Penyelesaiannya, sesetengah kenderaan cuma perlu menggantikan klac, dan ada sesetengah kenderaan lain memerlukan anda menggantikan klac dan pemampat.

Sebenarnya, ada banyak punca kereta anda berbunyi apabila AC dihidupkan. Ingat, apabila AC diaktifkan, enjin kereta sedang berada dalam situasi terbeban. Justeru beban itulah yang boleh menyebabkan bunyi detar daripada benda-benda seperti puli pam stereng kuasa dan alat-alat ganti yang sudah haus dan lusuh.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.