Instagram Memperkenalkan Sokongan Penstriman Video Secara Langsung

November 22, 2016


Sebelum ini mereka telah mengatakan bakal menawarkan sokongan penstriman langsung melalui perkhidmatan mereka, dan akhirnya hari ini mereka mengumumkan sokongan tersebut secara rasminya.

Sokongan penstriman langsung ini akan diintegrasikan terus pada Instagram Stories. Menariknya adalah ia berbeza dengan Instagram Stories yang akan kekal selama 24 jam, sebaliknya untuk penstriman langsung ini ia akan hilang selepas siaran langsung berkenaan ditamatkan.

Pengguna boleh bersiaran langsung selama sehingga sejam, dan rakan-rakan akan menerima pemberitahuan apabila anda bersiaran. Seperti biasa, pengguna boleh meninggalkan komen secara langsung, dan berinteraksi dengan anda.

Fungsi penstriman langsung ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam minggu-minggu akan datang.

Selamat mencuba!

Sumber: Instagram

You Might Also Like

0 comments

My Special Bloglist

My BlogList