Harga dan Spesifikasi Penuh Proton Ertiga 2016


Model kolaborasi dengan Suzuki ini sudah dilancarkan di Thailand dan Indonesia lebih awal lagi dan Proton menggunakan komponen-komponen yang diimport dari Indonesia untuk dipasang di kilang mereka di Tanjung Malim.

Ertiga ini mendapat pengiktirafan EEV iaitu Kenderaan Cekap Tenaga dengan kadar penggunaan bahan bakar serendah 6.0L/100km.

                Image result for PROTON ERTIGA SPECS



Spesifikasi Penuh Proton Ertiga:

Enjin: 1,373 cc 4-silinder 16 injap DOHC MPI
Kuasa maksimum: 91 hp @ 6,000 rpm
Tork maksimum: 130 Nm @ 4,000 rpm
Transmisi: 5-kelajuan manual atau 4 kelajuan automatik
Stereng: Stereng berkuasa elektrik
Sistem gantungan: Pegas MacPherson (hadapan); bar torsion (belakang)
Saiz tangki bahan bakar: 45 liter
Ciri keselamatan: Dua beg udara hadapan, ABS, EBD, pre-tensionder untuk tali pinggang hadapan, load limiter system, ISOFIX dengan top thether untuk kerusi barisan kedua, tingkap kuasa dengan fungsi anti trap/kepit.

Ertiga secara rasminya ialah sebuah MPV dengan enam tempat duduk kerana tidak ada tali pinggang keselamatan tiga-point untuk penumpang di bahagian tengah barisan kedua. Tetapi ia boleh dijadikan tempat alas tangan atau arm rest.

Harga Proton Ertiga:

Proton Ertiga Executive Manual:
RM58,800 (OTR)
Proton Ertiga Executive Automatik: RM61,800 (OTR)
Proton Ertiga Automatik Executive Plus: RM64,800 (OTR)

Varian Executive Plus datang dengan tambahan komponen dan aksesori seperti cermin sisi lipat secara elektrik dengan lampu arah LED, butang audio pada stereng, tempat duduk pemandu boleh laras ketinggian dan lain-lain.

Empat warna ditawarkan:
-Cotton White (Putih Kapas)
-Ruby Red (Merah Delima)
-Metal Grey (Kelabu Besi)
-Camelian Brown (perang Kamelia)

No comments

Powered by Blogger.