Gameroom Kini Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Windows


Facebook sebelum ini telah mengumumkan Facebook Gameroom, salah satu pelanggan seumpama Steam yang membolehkan para pengguna untuk mengakses permainan berbentuk kasual yang turut hadir dengan integrasi Facebook.

Kini, pelanggan berkenaan sudah pun sedia untuk dimuat-turun oleh semua pengguna Windows 7 dan terkini.

Melalui platform Facebook Gameroom ini, pengguna boleh mengakses pelbagai permainan pada PC mereka dengan mudah.

Pelbagai genre permainan ditawarkan melalui Facebook Gameroom ini, termasuk tembak-menembak, strategi dan permainan kasual lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Facebook Gameroom dan memainkannya terus pada desktop tanpa perlu memasuki laman Facebook.

Sumber: GAMEROOM/AMANZ

No comments

Powered by Blogger.