Cara Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa

APA itu sistem SAPS Ibu Bapa sebenarnya? Mesti anda pernah terbaca atau terdengar tentang sistem ini kan! SAPS Ibu Bapa ialah satu sistem aplikasi online yang diwujudkan bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak.

              

Sistem ini hanya memaparkan rekod keputusan peperiksaan pelajar dari Darjah 1 hingga Darjah bagi Sekolah Rendah manakala Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi Sekolah Menengah. Tapi bagaimana untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda melalui sistem ini? Mudah saja!

Disini saya akan kongsikan cara semakan keputusan peperiksaan melalui sistem SAPS Ibu Bapa.

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa:

1-Anda perlu layari laman web di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

2-Masukkan No. Sijil Lahir atau No. Kad Pengenalan Pelajar untuk membuat semakan

3-Buat pilihan samada sekolah rendah atau sekolah menengah

4-Anda boleh piih tahun peperiksaan yang anda ingin buat semakan

5-Masukkan kod pengesahan sebagai langkah keselamatan

6-Anda akan lihat ruangan semak dan klik pada 'Semak' tersebut dan keputusan peperiksaan akan terpapar di skrin anda

6-Selesai

Semoga bermanfaat untuk membuat sebarang semakan keputusan peperiksaan dalam sistem SAPS Ibu Bapa!

No comments

Powered by Blogger.