8 Tips Sebelum Memulakan Perjalanan Jarak Jauh

November 27, 2016


Hooray! Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Maka ramai orang yang telah merancang untuk bercuti samada ke destinasi peranginan/perlancongan atau membawa anak-anak balik ke kampung halaman. Perjalanan yang jauh ini sudah tentu mengingatkan iaitu ketua keluarga supaya membawa kenderaan ke bengkel terlebih dahulu untuk melakukan pemeriksaan bagi menjamin perjalanan yang lancar dan selamat.

Di sini saya akan kongsikan 8 tips sebelum memulakan perjalanan yang jarak jauh.

8 Tips Sebelum Memulakan Perjalanan Jarak Jauh

1-Radiator dan cecair penyejukan air

Cecair penyejukan enjin boleh diperiksa pada dua tempat, pada radiator dan juga pada tangki tambahan. Cecair penyejukan enjin di dalam radiator boleh diperiksa dengan membuka tudung radiator, pastikan cecair sentiasa penuh di dalamnya.

Setiap jenis dan model kenderaan kebiasaannya menggunakan penyejuk (coolant) yang disyorkan oleh pengeluar mengikut nisbah campuran dengan air yang tertentu. Tetapi ada jenis kereta tidak menggunakan air sebaliknya 100 peratus menggunakan penyejuk yang disyorkan.

2-Tayar

Tayar adalah merupakan bahagian teramat penting di dalam memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan. Kedalaman bunga tayar minimum telah ditetapkan pada 1.6 mm. Ukuran boleh dibuat dengan duit syiling atau gunakan alat-alat lain yang boleh memberikan bacaan lebih besar dari 1.6 mm.

Kedalaman bunga tayar juga boleh diperiksa pada tanda yang diletakkan oleh pengeluar tayar.

3-Tayar simpanan (spare)

Jika tayar bocor semasa di dalam perjalanan, tayar simpanan yang ini boleh selamatkan anda.

Tayar simpanan mesti diperiksa dengan menambah tekanan angin dan memeriksa kondisinya. Selain tayar simpanan, “jack”, pemusing “jack” dan pemantul cahaya yang selalunya berbentuk tiga segi juga mesti diperiksa bagi memastikan pertukaran tayar di dalam perjalanan berjalan dengan lancar.

4-Minyak enjin

Pemeriksaan minyak enjin adalah antara pemeriksaan yang paling mudah dilakukan, pemilik hanya perlu membuka bonnet dan menarik keluar “dipstick”. Pastikan minyak enjin berada pada paras yang ditetapkan.

Jika kereta-kereta moden dari Jerman seperti Audi, pemilik kereta tidak perlu membuka bonnet, sebaliknya hanya menekan beberapa butang dan paras minyak enjin akan dipamerkan di skrin pada papan pemuka.

5-Pengelap cermin (wiper)

Pengelap cermin kebiasaannya dibuat dari getah, maka kebiasaannya getah tersebut akan tercalar disebabkan oleh geseran dengan cermin yang berhabuk.

Pemeriksaan getah pengelap cermin sangat mudah dilakukan dengan hanya memasang pam air pengelap cermin (washer pump), kemudian pengelap cermin akan berfungsi dan lihat jika ada garisan pada cermin disebabkan getah pengelap telah tercalar.

6-Lampu

Pastilan keadaan lampu anda bahagian depan dan belakang dalam keadaan baik dan mempunyai pencahayaan yang cukup. Selain dari memberikan cahaya untuk menambahkan tahap penglihatan di dalam gelap, lampu juga merupakan alat untuk mengelakkan kemalangan, lampu yang baik boleh dilihat oleh pemandu kenderaan lain dan ada kalanya lampu juga mampu memberikan amaran dengan cara meninggi rendahkannya di dalam masa yang cepat.

7-Kemas dan bersihkan kenderaan

Bagi anda seorang pemandu yang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti diluar rumah sesetengah barangan seperti kasut sukan, kasut pejabat dan alat-alat sukan seperti raket, bola, dan kayu golf selalunya ditinggalkan di dalam kereta.

Bagi memulakan perjalanan yang jauh dengan membawa kesemua ahli keluarga sudah tentu memerlukan ruang yang maksimum. Maka bolehlah pemilik kenderaan mengemas dan meletakkan segala barangan tersebut di tempat yang sepatutnya di dalam rumah.

8.Sediakan Peta Perjalanan

Dengan teknologi navigasi satelit  yang semakin maju, pelbagai jenis navigasi satelit telah diperkenalkan dan boleh digunakan pada telefon pintar anda contohnya Google Maps dan Waze yang mampu memberikan laluan terbaik kerana boleh mengesan sebarang masalah trafik pada masa sebenar.

Pastikan telefon pintar anda mempunyai pelan data yang mencukupi kerana aplikasi-aplikasi navigasi satelit kebiasaannya menggunakan data yang besar.

Semoga bermanfaat kepada anda yang ingin memulakan perjalanan jarak jauh bersama keluarga tercinta!

You Might Also Like

1 comments

  1. Terima kasih perkongsian ini..semua perlu ambil tahu..

    ReplyDelete

Blog Archive

My BlogList