Spesifikasi PC Untuk Skyrim Special Edition Diumumkan


Anak-anak kelahiran Naga kembali bersatu! Kepada peminat Skyrim, Bathesda akan melancarkan edisi baru dengan keupayaan grafik yang diperbaiki pada penghujung bulan ini. Antara peningkatan grafik yang dilakukan ialah tekstur resolusi tinggi, DOF dinamik, shader baru untuk air serta salji dan penggunaan sistem pencahayaan lebih realistik.

Spesifikasi PC untuk Skyrim Special Editiondiumumkan oleh Bathesda dan ia tidak terlalu tinggi. Ini tidak mengejutkan kerana permainan ini pada asalnya dilancarkan pada tahun 2011. Kepada pengguna PC yang terlepas bermain Skyrim sebelum ini, edisi baru ini tidak boleh dilepaskan. Kami dahulu juga peminat platform PC, tetapi kemudian kami terkena panah pada kepala lutut.

Spesifikasi Skyrim Special Edition:

Pemproses Paling Minimum
Intel i5-750
AMD Phenom II X4-945.

Pemproses Disarankan
Intel i5-2400
AMD FX-8320.

Kad Grafik Paling Minimum
NVIDIA GTX 470 1GB
AMD HD 7870 2GB

Kad Grafik Disarankan
NVIDIA GTX 780 3GB
AMD R9 290 4GB

RAM Paling Minimum
8 GB

RAM Disarankan
8 GB

Ruang Pemasangan
12 GB

Sistem Operasi
Windows 7 64bit / 8.1 64bit / 10 64bit

SUMBER RUJUKAN: BETHESDA

No comments

Powered by Blogger.