Tali Pinggang Pintar Yang Disokong Oleh Samsung, Kini Mengumpulkan Dana Melalui Kickstarter

                                Welt

Samsung melalui Samsung Creative Lab telah memperlihatkan beberapa projek pintar menarik pada awal tahun ini, dan salah satunya adalah tali pinggang pintar yang dinamakan WELT. Kini, menariknya, produk berkenaan disenaraikan di Kickstarter dan telah mula mengumpulkan dana sebelum ia dipasarkan secara meluas.

Melalui WELT, ia boleh mengumpulkan pelbagai data kecergasan seseorang pengguna – termasuk saiz pinggang mereka, langkah perjalanan yang dilakukan setiap hari, dan juga masa yang dihabiskan dengan hanya duduk dan tidak bergerak.

WELT juga boleh memantau pemakanan anda, memandangkan perut berubah untuk seketika ketika makan. WELT hadir dengan bateri terbina yang mampu bertahan selama 20 hari, dan ia boleh dicas menggunakan port mikro-USB.

Seperti kebanyakkan peranti pintar lain, WELT turut hadir dengan aplikasi pintar tersendiri yang memudahkan pengguna memantau pelbagai data yang dikumpulkan.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh dapatkan tali pinggang pintar WELT ini dengan menyokong projek ini melalui Kickstarter.

Lihat video dibawah:
Tali Pinggang Pintar Yang Disokong Oleh Samsung, Kini Mengumpulkan Dana Melalui Kickstarter

No comments

Powered by Blogger.