Peugeot, Suzuki dan Renault Berminat Jalin Kerjasama Dengan Proton

                                 Image result for proton

Reuters melaporkan bahawa PSA (Peugeot dan Citroen) sudah menunjukan minat untuk menjalin usahasama dengan Proton.

Jurucakap PSA dari Perancis berkata Peugeot bertindak-balas terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Proton dan pemegang sahamnya namun jurucakap itu tidak mahu memberi sebarang komen akan reaksi seterusnya dari PSA.

Reuters terus melaporkan bahawa Proton telah menghantar pelan cadangan usahasama kepada 20 syarikat kenderaan global.

Diberitakan bahawa Suzuki Motor Corp dan Renault SA telah memberikan reaksi untuk bertindak-balas akan cadangan Proton.

Reuters berkata sumber info mereka bercakap DRB-Hicom masih mahu menjual majoriti saham Proton dan juga sedang menimbang cadangan untuk menjual Lotus.

Setakat ini, Proton dan DRB-Hicom tidak memberikan sebarang komen.


No comments

Powered by Blogger.