Panamera 4 E-Hybrid Laju, Jimat dan Mewah

                   

Porsche empat pintu terbaharu, Panamera 4 E-Hybrid, boleh memberikan penjimatan minyak yang setanding dengan Honda City atau Toyota Vios tetapi pada masa yang sama boleh mencecah kelajuan 278km/j dengan mudah.

Dengan kombinasi enjin 2.9-liter turbo berkembar V6 (yang memberi 331hp & tork 448Nm) dan motor elektrik (yang menjana 136bhp & 399Nm), Panamera 4 E-Hybrid begitu mesra alam dengan emisi  hanya 56g/km CO2, dan penggunaan minyak hanya 2.5l/100km.

                      high_panamera_4_e_hybrid_2016_porsche_ag-copy

Kotak gear yang digunakan ialah jenis PDK 8-kelajuan, memberikan ia pecutan dari 0-100km/j selama 4.4 saat. Jika ia bergerak dengan menggunakan motor elektrik sahaja, Panamera 4 E-Hybrid ini boleh mencapai kelajuan maksima 225km/j!

Ini bermakna, ia berada tidak jauh jika dibezakan dengan daya pecutan Panamera 4S, yang menggunakan enjin turbo berkembar V6 yang berkuasa tinggi, iaitu 4.0 saat.

Tetapi versi hibrid Panamera dari Porsche ini ternyata lebih efisyen dan menjimatkan kerana dengan bateri bercas penuh ia boleh menjangkau jarak sejauh 50km, dan kuasa enjin tidak diperlukan sehingga ia mencapai kelajuan 138km/j. Ini bermakna ia tidak memerlukan penggunaan minyak langsung untuk kegunaan harian.

Bateri 14.1kWh yang disejukkan cecair (liquid-cooled) dipasang di bawah ruang simpan but belakang. Seperti bateri telefon bimbit, ia boleh dicas pada soket elektrik rumah biasa, dan mengambil masa selama 12 jam untuk dicas sepenuhnya. Akan tetapi, ia hanya perlu 3 jam jika dicas menggunakan pengecas cepat (high-speed charger) yang terdapat sebagai opsyen.

No comments

Powered by Blogger.