LuDela Lilin Pintar Yang Boleh Dinyalakan Menggunakan Peranti

                              

Beg Pintar dan tali pinggang pintar ialah antara objek pintar yang wujud di pasaran sekarang. Pemintaran objek diharap dapat memudahkan kehidupan seharian. Kini tiba giliran lilin pula dipintarkan dengan terciptanya LuDela. Lilin ini boleh dinyala dan dimatikan dengan menggunakan aplikasi peranti pintar. LuDela menggunakan teknologi Wi-Fire untuk membolehkan ini dilakukan.

                              ludela-1

Lebih daripada satu LuDela boleh dikawal serentak dengan hanya satu aplikasi. Tahap keterangan api serta jumlah lilin yang tinggal turut boleh dipantau. Pada waktu yang sama sistem keselamatan mengesan apabila terdapat objek menghampirinya bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Sensor mengesan pergerakan sekiranya ia terjatuh disertakan sekali. Menurut pengeluar bateri yang disertakan dapat berfungsi selama berbulan lamanya sebelum perlu digantikan. Harga jualan lilin pintar ini bermula dari $99 (~RM 409) sebuah.

SUMBER RUJUKAN: LUDELA

No comments

Powered by Blogger.