Glance Clock Jam Dinding Pintar Kini Wujud

                                  

Jam tangan pintar sudah muncul di pasaran sejak 2013. Ia bukan sahaja mampu menunjukkan waktu yang tepat tetapi turut boleh menjejak kecergasan tubuh, memaparkan notifikasi serta melakukan panggilan selular. Kepada yang mungkin kurang menggemari jam tangan pintar, kini wujud jam dinding pintar Glance Clock.

Seperti jam tangan pintar, Glance Clock boleh ditambat kepada peranti pintar menggunakan Bluetooth. Kesemua notifikasi, tahap kecergasan. ramalan kaji cuaca, peringatan mesyuarat dan boleh menerima arahan menerusi kawalan suara. Buat masa ini ia boleh ditambat pada peranti Android dan iOS sahaja.  Tidak seperti jam tangan pintar, bateri Glance Clock mampu bertahan sehingga enam bulan dengan sekali cas. Ia turut boleh disambung terus kepada sumber kuasa bagi penggunaan tanpa henti. Jam dinding pintar ini masih mengumpul dana menerusi Indiegogo dan boleh ditempah pada harga bermula $99 (~RM 409) sebuah.

SUMBER RUJUKAN: GLANCE CLOCK

No comments

Powered by Blogger.