Adapter Belkin Ini Adalah Aksesori Wajib Untuk iPhone 7 Anda Nanti

                         Lightning Audio + Charge RockStar™ - HeroImage

Apple sudah membuang lubang jack untuk iPhone 7 yang terbaru dan meninggalkan persoalan bagaimana untuk dengar lagu sambil mengecas telefon? Untuk menjawab persoalan ini, Belkin ada jawapannya.

Pembuat aksesori telefon, Belkin telah mengeluarkan produk ini, adapter yang membolehkan anda mendengar lagu sambil anda mengecas telefon. Jadi tidak akan muncul masalah untuk anda buat dua perkara sekaligus.

Dinamakan Audio + Charge RockStar, aksesori ini menyokong 48kHz 24-bit audio output yang membolehkan anda menggunakan headphone 3.5mm anda sambil mengecas telefon pada masa yang sama. Adapter ini berfungsi untuk iPhone 7, 7 Plus dan iPhone dengan sistem iOS 10 dan ke atas.

Adapter ini akan dijual pada harga USD39.99 (lebih kurang RM164). Kalau anda tak mampu untuk beli iPhone 7, boleh beli adapter ini dulu. Janji anda boleh post di Insta dan tulis ‘Loving my new iPhone 7’. Boleh ke laman Belkin di SINI
untuk update berkenaan adapter ini.

How To Listen To Music While Charging the iPhone 7 or iPhone 7 Plus

Sumber: Highsnobiety

No comments

Powered by Blogger.