5 Fakta Tahyul Memandu Sambil Guna Telefon Bimbit

                                  Image result for 5 fakta tahayul memandu sambil guna telefon bimbit


Ada di antara kita yang percaya penggunaan telefon bimbit semasa memandu sepatutnya dibenarkan kerana ia tidak mengganggu konsentrasi pemanduan. Ramai yang berkata ia dibenarkan di negara maju dan dalam keadaan sekarang, penggunaan telefon semasa memandu menjimatkan masa dan wang ringgit.

Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat telah membuat kajian dan mengatakan bahawa kepercayaan tersebut ialah palsu dan langsung tiada kebenaran.

Di bawah ialah lima kepercayaan tahyul memandu sambil menggunakan telefon bimbit itu selamat.

1. Pemandu boleh membuat dua kerja serentak (multitask)
Cuba gunakan telefon bimbit sambil menonton TV. Pastinya walaupun Nora Danish sedang berlakon di samping Rita Rudaini pun, anda langsung tidak perasan kerana anda akan lebih fokus kepada perbualan di telefon bimbit.
Sama dengan memandu, dan sebarang kesilapan ketika memandu boleh membawa maut.
Adakah nyawa lebih murah dari telefon bimbit anda?

2. Bercakap dengan telefon umpama berborak dengan penumpang anda
Penumpang anda berada di dalam kenderaan bersama anda. Mereka ialah mata kedua anda dan akan memberi amaran sekiranya mereka nampak sesuatu yang mungkin menyebabkan kemalangan.
Rakan anda di hujung talian itu pula tidak akan nampak apa yang sedang berlaku di sekeliling kenderaan anda. Malah, jika anda merokok sambil memandu pun, ibu atau teman wanita atau isteri anda atau skandal anda dihujung talian itu tidak tahu.

3. Menggunakan sistem handsfree selamat ketika memandu
Kajian menunjukan bahawa pemandu hilang 50 peratus dari fokus ketika memandu dan menggunakan sistem handsfree. Ujian membuktikan anda juga tidak akan perasan orang yang mahu melintas jalan atau lampu merah.

4. Selamat jika guna telefon hanya di lampu merah
Kajian di Amerika Syarikat menunjukan bahawa pemandu hilang fokus selama 27 saat selepas menggunakan telefon bimbit.

5. Fungsi rakam suara kepada teks lebih selamat
Ada telefon bimbit yang mampu menukarkan suara anda kepada mesej secara automatik. Cara itu juga tidak selamat kerana ia membuatkan pemandu hilang fokus.

Di Malaysia, penggunaan telefon bimbit tanpa sistem handsfree semakin berleluasa. Malah, penunggang motosikal sendiri menggunakan Whatsapp atau sistem mesej berteks ketika di atas motosikal mereka.

No comments

Powered by Blogger.