5 Terbaik Kereta Paling Jimat Penggunaan Minyak 2017

  5 Terbaik Kereta Paling Jimat Penggunaan Minyak 2017

TAHUKAH anda salah satu faktor utama untuk menarik orang ramai membeli sesebuah kereta adalah disebabkan penjimatan minyak. Sebab apa ia penting? Kerana dengan jimatnya dalam penggunaan minyak, ia dapat mengurangkan kos sara diri dan perbelanjaan seharian.

Oleh itu, sekiranya hendak membeli sesebuah kereta perlulah melihat dahulu kereta itu samada jimat minyak atau tak! Kerana banyak kebaikan boleh diperoleh dengan penjimatan minyak, boleh mengurangkan kos perbelanjaan terhadap penggunaan minyak.

Berikut adalah contoh model kereta penggunaan minyak yang jimat pada tahun 2017:

1.Perodua Axia-Malaysia

                 Image result for perodua axia


-21.6km/L
-100KM=RM8.80

Perodua Axia adalah merupakan keluaran Syarikat Perodua Malaysia. Selain kereta ini dinobatkan sebagai kereta paling murah, ia juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan minyak. Dengan memiliki enjin berkapasiti 1.0 cc, kereta ini boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak.

2.Mitsubishi Mirage-Japan

                Image result for mitsubishi mirage

-21km/L
-100KM=RM9.10

Merupakan kereta milik Mitsubishi yang menjadi saingan kepada kereta popular keluaran Perodua, Myvi. Dengan membekalkan enjin 1.2 DOHC, kereta ini boleh bergerak sejauh 21km bagi setiap liter minyak.

3.Mitsubishi Attrage-Japan

               Image result for mitsubishi attrage

-21km/L
-100KM=RM9.10

Attrage adalah satu lagi kereta keluaran Mitsubishi yang dicipta untuk penjimatan minyak. Attrage turut memiliki enjin berkapasiti 1.2 cc. Kereta ini mampu bergerak sejauh 21km bagi setiap liter minyak.

4.Hyundai i10-Korea Selatan


                 Image result for Hyundai i10

-18.9km/L
-100KM=RM10.10

Merupakan kereta keluaran Hyundai di Korea Selatan. Selain itu, kereta ini juga merupakan salah satu model yang harganya amat murah. Mengunakan enjin berkapasiti 1.0 cc yang mampu bergerak sejauh 18.9km dalam setiap liter minyak.

5.Honda City 2014-Japan


              Image result for honda city 2014

-17km/L
-100KM=RM11.20

Merupakan salah satu model Honda keluaran negara Japan. Honda city amat dikenali di serata dunia dan mendapat permintaan tinggi dari pengguna. Biarpun dilengkapkan enjin berkapasiti 1.5 cc, kereta ini mampu bergerak sejauh 17 km bagi setiap liter minyak.

Betapa penting pembelian sesebuah kenderaan perlulah mengikut kemampuan diri sendiri, dan pastikan kereta anda mempunyai penjimatan minyak yang baik.

No comments

Powered by Blogger.